Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum my dearest blog.Firstly, selamat tahun baru 2012.Alhamdulillah, kita masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam.Semoga kita dapat mengubah sikap kita dari yang malas kepada rajin,yang buruk kepada baik,yang kedekut kepada pemurah dan sememangnya nak yang TERBAIK.Seperti biasa setiap menjelang tahun baru semua orang membina azam mereka sendiri.Pilihan ditangan masing-masing. ;) hihi.

Azam?sye juga mmpunyai azam baru.Banyak sangat sebenarnya.InsyaAllah sye berusaha dengan lebih keras untuk mencapai semua azam sye yang menuju ke jalan Allah.
Umur kita semakin meningkat tua bukan semakin muda.Jadi,marilah kita sama2 mendekatkan diri kita kepada Allah.Jangan habiskan masa remaja kita dengan perkara yang tak berfaedah dan tak berguna.Saye ingin menjadi pelajar yang cemerlang,Then yang paling penting sye nak jadi anak yang Solehah.InsyaAllah. ''Berubah itu memang sukar,tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar''.

Semoga kita lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan...supaya lebih ingat akan mati..supaya lebih gigih menambah amal..Jaga diri,jaga iman,jaga hati.
YA ALLAH,jauhkanlah aku daripada kelekaan dan kealpaan sehingga terlupa menyebut namaMu.Ya Allah,berikanlah aku dan semua kawan2ku berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2012 ini.

Monday, December 26, 2011

Andai kau tahu




Andai lelaki tahu..
-apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya-

Andai lelaki tahu..
-apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu-

Andai lelaki tahu...
-apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. Tengok pasangan yang bercinta, semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan jadi tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. -

Andai lelaki tahu...
- apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat-

Andai lelaki tahu...
- seorang perempuan itu berkata "saya mahu awk berubah", itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya tapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan bersama-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari kamu semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan diri kamu-

Andai lelaki tahu...
- perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya-

Andai lelaki tahu...
- hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup kamu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong kamu dan membuatkan hidup kamu lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu-

Andai lelaki tahu...
- perempuan memang dilahirkan sangat complicated untuk difahami tapi kadang-kadang lelaki juga sukar untuk difahami sbb dieorg pon complicated, sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Monday, December 19, 2011

C.I.N.T.A

Cinta. Manusia memang suka bicara soal cinta. Cinta ini amat indah. Rasanya, kalau ditanya apa yang paling manis dalam dunia, pasti ramai yang memilih cinta sebagai jawapan. Cinta itu luas. Amat luas. Namun dikecilkan cinta itu dalam artikel ini mengenai cinta lelaki dan perempuan.

Nak bina rumah pasti ada asasnya. Nak bina masjid juga ada asasnya. Jadi nak bina rasa Cinta. Apa asasnya? Asas cinta ialah sayang. Mustahilkan dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci. “saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.” Amat mustahil kan? Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya.

Bila kita sayang dan cinta seseorang, yang hitam pun jadi putih, yang hodoh jadi cantik, segala-galanya nampak indah di mata kita. namun, Tolong hati – hati jaga hati. Takut kerana rasa sayang dan cinta itu hati kita bertukar dari suci kepada kotor. Jadi, Sayangi hati kita dulu. Jika kita sayang hati kita, InsyaAllah kita pasti tidak mahu menjadikan hati kita kotor.Renungkan untuk diriku sendiri yang lemah ini dan mudah terpengaruh dengan segala dosa.




Tuesday, December 13, 2011

Bagaimana menjadi Muslimah sejati?

Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.



Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Dan muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Tuesday, November 29, 2011

Tentang Dhia



Halooooo wassup wassup ! Hehehe.
Meh baca sini meh.Sape2 yang layan tentang dhia..cite ni best tapi sakit hati tengok..macam2 masalah,haii geram aku..satu satu masalah.Serabut jeh..Yang aku tension tengok masa azmi mari masuk meminang dhia pulak semalam.Adoiii.Pilihla wahai dhia.kalau aku jadi dhia pun mesti gilaaa.Hahaha.tapi pilih Zikir.hehehe.memandai.

Cite ni ada 26 episod.So,jangan lupa saksikan dan jangan lupa solat MAGHRIB! drama pun drama tapi jangan tinggal sembahyang !!

Aku membebel pot pet pot pet.Blablabla.Ni SINOPSIS TENTANG DHIA.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju kehidupan Dhia? Jangan lupa saksikan kesudahannya dalam Tentang Dhia menerusi Slot Akasia di TV3.

Sunday, November 27, 2011

Hanya kerana dia Imam




Assalamualaikum.
Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.

Friday, November 25, 2011

Sakit itu ujian

Assalamualaikum..hari ni fikir macam-macam..aishh, pening dibuatnya..yang lagi benci
tension duk fikir camne nak hilangkan jerawat nih cepat2!! masalah lain banyak lagi.
tolonglah pergi dari hidupku wahai jerawat..tolong tolong!

hish heee, lupa pulak dah lari daripada tajuk entry ye..
sekarang ni macam2 penyakit yang merebak..tapi
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Janganlah mengeluh,memaki hamun bila kita ditimpa sakit..kita patut bersabar dan berdoa kepada Allah supaya cepat sembuh..
Allah menguji hambanya dan ingin melihat tahap keimanan hambaNya.

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Keletihan

Assalamualaikum

Hello world ! Hello everybody! agak kecewa 'agak' sebab Malaysia dah kalah berlawan dengan Syria semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur.




KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.
Harimau Muda masih letih sebab dah mengalahkan Indonesia dua hari lepas.Mesti diaorang tak cukup rehat lagi kan.Kesian.Hikhik.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.

Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.

Saturday, November 19, 2011

H A P P Y H O L I D A Y

Assalamualaikum to all readers..
First, saya ucapkan selamat bercuti kepada semua.Memang tak dinafikan semua orang gembira bila sebut je 'CUTI'.Haa, lebih lebih lagi cuti akhir tahun.Dahla lama.Puas hatilah korang semua kan? Hikhik..begitu juga dengan diriku ni sebagai budak sekolah menengah.Macam mana cuti sekalipun jangan lupa terus untuk study! Tapi esok still ada kelas tambahan pra PMR.

Last day sekolah di Pantai Timur hari khamis baru ni 17 November..semua pelajar darjah 6 tahu result PMR diaorang.Congratulation kepada semua yang berjaya.Especially yang dapat 5A ! tapi apa apa pun tahniah jugak yang dapat 4A,3A dan sebagainya.Adik adik semua dah usaha kan.Yang selebihnya berserah kepada Allah S.W.T.Tahun ni jatuh kepada Terengganu lagi dlm UPSR yang cemerlang 11 tahun berturut-turut.Alhamdulillah dan tahniah.Bangga ni bangga :) hak3 ( muka gedik )

Yeeea, baru ni jugak aku dapat result exam akhir tahu kitaorang.Syukur alhamdulillah dgn segala kurniaNya.Terima kasih Ya Allah.Terima kasih sayang juga buat cikgu2,mak ayah,family dan terutama kawan-kawan semua.Jangan putus asa kalau result x berapa memuaskan.Kena lebih berusaha untuk cemerlang!
Kita akan buatkan yang terbaik untuk yang akan datang.PMR will love us darling.Hehe.
Be ready to be a PMR candidate.Jangan sia-siakan masa cuti ni dgn perkara yg x berfaedah.

*pesanan buat diri sendiri jugak ::
''Belajar rajin-rajin''.

Thursday, November 3, 2011

Maafkan Aku

Andai kehadiranku punca goyahnya imanmu, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca hatimu merana, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca lalainya hatimu, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu, maafkan aku..

Dan andai kehadiranku yang menjadi punca mad'umu meninggalkan dakwahmu, maafkan aku.
Maafkan aku kerana pernah hadir dalam hidupmu.
Maafkan aku kerana hadirku menjadi fitnah buatmu.

******

Luka di hati, biar aku yang pendam sendiri.
Pedih yang aku rasa, biar aku yang simpan sendiri.
Sakit yang menimpa, biar aku yang laluinya sendiri.
Perih yang menjelma, biar aku yang tangisi sendiri.
Kerana aku tahu, dirimu takkan pernah memahami apa yang sebenarnya aku tempuhi.

Kerana mungkin mereka tidak tahu, aku juga punya hati dan perasaan.
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti tersinggung dengan setiap patah bicara mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti terluka dengan kata-kata mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.

Mungkin mereka tidak tahu, aku cuma gadis biasa yang tak mampu untuk bertahan dengan perlakuan mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, aku ialah seorang insan yang lemah imannya, lantas kepercayaanku kepada mereka boleh lenyap cuma dalam sekelip mata.
Dan aku yakin, mereka memang tidak tahu kerana mereka bukan aku.

Tuesday, October 4, 2011

Kasihanilah bayi yang tak berdosa


Assalamualaikum.Hari ni aku nak kongsikan sedikit tentang kes pembuangan bayi.
Kasihanilah bayi yang tak berdosa tu...Kejamnya manusia yang tiada sifat keperimanusiaan yang sanggup berbuat demikian. 


Wahai insan yang bernama manusia yang terlibat dengan kes pembuangan bayi ini, bukalah mata. Renung-renungkanlah wajah-wajah comel ini. Mereka berhak untuk bernafas dimuka bumi Allah S.W.T. ini. Berilah mereka peluang untuk hidup.

apa ni? ingat ni binatang ke main nak buang2 je ?

Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

 Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka.

  “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka         jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.


Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu pergaulan bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. 
Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan pada usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?

                           
korang fikir bayi ni boleh berenang ke ?


Subhanallah ! kalau bayi ni hidup, mesti cute kan ?

Sekadar untuk renungan kita bersama.Semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada segala kejahatan , kekejaman dan kecelakaan.

Friday, September 30, 2011

KHALIFAH - LAGU BUAT ADINDA



Dikala ku terbayang
Wajah mu daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

Pada mu duhai sayang
Kasih ku hanya pada mu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta tanda sayang

Korus

Pada mu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasih ku cinta ku selamanya

Ku renung bulan bintang
Ku sampaikan kasih salam sayang
Ku serah segala tanda cinta
Buat mu adinda

Pada si rama-rama
Terbanglah dikau padanya si dia
Pesankanlah rindu ku padanya
Rindu ku padanya

Ulang korus

Ulang dari mula


p/s ::awak bagi lagu ni dekat saya :) hikhik, selama ni saya x dengar pun lagu rock macam niii..

| thanks girlssss |



CINTA & SUKA TU ADA BEZANYA :)

Salam..Hari ni hari Jumaat..semua orang pantai timur cuti kan..bosan lah duduk rumah x pegi mana2...masing2 buat keje masing2..ada yang keluar dengan kawan2,ada yang pergi dating? ada yang bersama family diaorang..

                                                                         Aku?
Dari tadi lagi aku online blogger...hehe..aku tinjau blog orang la..dapat jugak baca cerita2 yang terbaru dan menarik..hikhik..

Aku nak kongsikan sesuatu yang mungkin menarik bagi korang..jangan kita salah faham pulak antara cinta dan suka..Kesian kat cinta dan suka sebab kita dah salah anggap...hehehe..(aku masih mentah nak berbicara tentang cinta) wakaka go on go on..


*************************************************

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
                                          


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


                               *****************************************************
 Jadi, dah tahu ke sekarang apa perasaan anda terhadap seseorang? Cinta ataupun suka ? korang mesti tahu isi hati korang kan? hehehe..

Dipetik* muahmuahmuah

Wednesday, September 28, 2011

Cara nak NASIHAT

assalamualaikum..jawab jawab, kalau tak aku merajuk kang..kalau jawab aku nak say i looovvvveeeee youuuu..ahak3!!

menasihati , dinasihati
okay siapa x pernah alami dua benda ni , sila angkat tangan dan tampar pipi sendiri ye kawan2. kerana jelas laa anda menipu. lalala ;p
nasihat ni sebenarnya elok dalam islam. saling mengingati dan saling menegur. tp kena ingat. ada cara tau nak tegur org. nak nasihat org. nasihat yang menyakitkan hati , mmg xkan diterima langsung oleh orang. so , jom kita check ape adab2 menasihati. ;)
Adab-adab nasihat 
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah.
kalau nasihat tu secara baik , aku terima. kalau tak , ‘kau dah bagus sgt ke nasihat aku mcmtu ?’ haha terukkan?

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.”
nasihat , menghina , mencela , semuanyaa maksud yg berlainan. ingat tu :)

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah.
haa ni yang paling penting. jangan nasihat utk sakitkan hati org jerr. berhemah paling penting.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu.
selidik dulu sebelum nak nasihat tuuu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/kesalahan yang dilakukannya.
perubahan , biasa laa makan masa yang lama. tp selalunya , yg buruk tetap di ingati. manusiaaaaa




so , mari sama sama kita menasihat tp ingat , menasihati lah dengan beradab. :)



Syawal berakhir

Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog..hmm,dah sebulan lebih rasanyee! padahal x sibuk pun..
macam2 yang terjadi dalam sebulan?seminggu?sehari?seminit?sesaat?
Bulan Ramadan dah lama berlalu..Aidilfitri berakhir hari nihh...Raya tahun ni boleh la tahan..tapi tahun yg lepas2 lagi meriah dan seronok..apa2 pun happy disamping family tercinta..actually sambutan raya kat sekolah mmg best bagiku..hehehe..tapi yang x best nye cikgu tak pedulikan kita org...kuekuek...
kepada sape2 yg dah berjaya menghabiskan puasa enam pada bulan syawal nih, saya ucapkan TAHNIAH..hehe..puasa ganti? erkk...habiskan yee!!
 ape nak cakap lagi? nothing on my mind !
okay, selamat tinggal IMISSYOUSOMUCH!

Friday, August 19, 2011

Tips for better WUDUQ !






Salam for reader!

Wuduq, or ablution is an act of washing parts of our body. Being a righteous Muslim, wuduq is done on daily basis (before praying, sleeping, etc). So being said that, wuduq should be taken seriously and we must always do our best to make our wuduq better :) So here are some simple ways to make our wuduq better, insyallah.


1. What’s better than having a complete, nice, wuduq before meeting Allah (prayers)? Awesome, fresh teeth and mouth of course!  Although brushing teeth is not a compulsory part of wuduq, it is still highly recommended!


2. Wuduq plays an important role in a Muslim’s life, for wuduq does not only clean parts of our body, but did you know that whoever takes wuduq, your sins will be washed out? Masyallah! How simple is that? So take wuduq regularly and be fresh 24/7!

3. The next time you’re taking wuduq, pay attention to washing your hands and feet! Make sure that water goes in between your fingers and toes! Also, make sure that water reaches your heels, because a wuduq is invalid if water does not reach your heels (and other compulsory parts).


4. The correct way of taking wuduq for the head part is to wipe the WHOLE head, and not solely on the front bit. To do so, wet your hands and start wiping at the front and then make way to the back of the head, then back to where you started.

5. Saving the environment (in this case, water) is a job for every Muslim! When taking wuduq, minimize the usage of water by not allowing water gushing out from the tap too much! Turn the tap just nicely to ensure parts of your body are covered with water. Remember; you’re trying to get rewards from taking wuduq, not sins!



Thursday, August 18, 2011

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum!

 Alhamdulillah,hari ni dah 19 hari kita berpuasa..dah penghujung bulan Ramadan..
tinggal 10 hari lagi kita akan berpuasa..Setiap tahun didalam bulan Ramadan,umat islam yang mempercayai hadis akn menunggu kedatangan Lailatur Qadar atau Malam yang Berkuasa kerana mereka percaya orang yg menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yg telah lepas akn diampunkan Allah dan segala doanya akn dimakbulkan.

Keterangan Quran tentang lailatul Qadar adalah amat jelas
97:1.Sesungguhnya, Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang  berkuasa.
97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,
97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
 maka umat Islam berlumba-lumba beribadat..
Hari ni nk cakap psal solat sunat dhuha..



SOLAT DHUHA…Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Semoga kita dimurahkan rezeki dan diberkati sentiasa..

“ Renung-renungkan…dan Selamat Beramal serta Beribadat”

Wassalam


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra