Friday, November 25, 2011

Sakit itu ujian

Assalamualaikum..hari ni fikir macam-macam..aishh, pening dibuatnya..yang lagi benci
tension duk fikir camne nak hilangkan jerawat nih cepat2!! masalah lain banyak lagi.
tolonglah pergi dari hidupku wahai jerawat..tolong tolong!

hish heee, lupa pulak dah lari daripada tajuk entry ye..
sekarang ni macam2 penyakit yang merebak..tapi
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Janganlah mengeluh,memaki hamun bila kita ditimpa sakit..kita patut bersabar dan berdoa kepada Allah supaya cepat sembuh..
Allah menguji hambanya dan ingin melihat tahap keimanan hambaNya.

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

0 comments:


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra