Tuesday, November 29, 2011

Tentang Dhia



Halooooo wassup wassup ! Hehehe.
Meh baca sini meh.Sape2 yang layan tentang dhia..cite ni best tapi sakit hati tengok..macam2 masalah,haii geram aku..satu satu masalah.Serabut jeh..Yang aku tension tengok masa azmi mari masuk meminang dhia pulak semalam.Adoiii.Pilihla wahai dhia.kalau aku jadi dhia pun mesti gilaaa.Hahaha.tapi pilih Zikir.hehehe.memandai.

Cite ni ada 26 episod.So,jangan lupa saksikan dan jangan lupa solat MAGHRIB! drama pun drama tapi jangan tinggal sembahyang !!

Aku membebel pot pet pot pet.Blablabla.Ni SINOPSIS TENTANG DHIA.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju kehidupan Dhia? Jangan lupa saksikan kesudahannya dalam Tentang Dhia menerusi Slot Akasia di TV3.

Sunday, November 27, 2011

Hanya kerana dia Imam




Assalamualaikum.
Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.

Friday, November 25, 2011

Sakit itu ujian

Assalamualaikum..hari ni fikir macam-macam..aishh, pening dibuatnya..yang lagi benci
tension duk fikir camne nak hilangkan jerawat nih cepat2!! masalah lain banyak lagi.
tolonglah pergi dari hidupku wahai jerawat..tolong tolong!

hish heee, lupa pulak dah lari daripada tajuk entry ye..
sekarang ni macam2 penyakit yang merebak..tapi
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Janganlah mengeluh,memaki hamun bila kita ditimpa sakit..kita patut bersabar dan berdoa kepada Allah supaya cepat sembuh..
Allah menguji hambanya dan ingin melihat tahap keimanan hambaNya.

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Keletihan

Assalamualaikum

Hello world ! Hello everybody! agak kecewa 'agak' sebab Malaysia dah kalah berlawan dengan Syria semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur.




KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.
Harimau Muda masih letih sebab dah mengalahkan Indonesia dua hari lepas.Mesti diaorang tak cukup rehat lagi kan.Kesian.Hikhik.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.

Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.

Saturday, November 19, 2011

H A P P Y H O L I D A Y

Assalamualaikum to all readers..
First, saya ucapkan selamat bercuti kepada semua.Memang tak dinafikan semua orang gembira bila sebut je 'CUTI'.Haa, lebih lebih lagi cuti akhir tahun.Dahla lama.Puas hatilah korang semua kan? Hikhik..begitu juga dengan diriku ni sebagai budak sekolah menengah.Macam mana cuti sekalipun jangan lupa terus untuk study! Tapi esok still ada kelas tambahan pra PMR.

Last day sekolah di Pantai Timur hari khamis baru ni 17 November..semua pelajar darjah 6 tahu result PMR diaorang.Congratulation kepada semua yang berjaya.Especially yang dapat 5A ! tapi apa apa pun tahniah jugak yang dapat 4A,3A dan sebagainya.Adik adik semua dah usaha kan.Yang selebihnya berserah kepada Allah S.W.T.Tahun ni jatuh kepada Terengganu lagi dlm UPSR yang cemerlang 11 tahun berturut-turut.Alhamdulillah dan tahniah.Bangga ni bangga :) hak3 ( muka gedik )

Yeeea, baru ni jugak aku dapat result exam akhir tahu kitaorang.Syukur alhamdulillah dgn segala kurniaNya.Terima kasih Ya Allah.Terima kasih sayang juga buat cikgu2,mak ayah,family dan terutama kawan-kawan semua.Jangan putus asa kalau result x berapa memuaskan.Kena lebih berusaha untuk cemerlang!
Kita akan buatkan yang terbaik untuk yang akan datang.PMR will love us darling.Hehe.
Be ready to be a PMR candidate.Jangan sia-siakan masa cuti ni dgn perkara yg x berfaedah.

*pesanan buat diri sendiri jugak ::
''Belajar rajin-rajin''.

Thursday, November 3, 2011

Maafkan Aku

Andai kehadiranku punca goyahnya imanmu, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca hatimu merana, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca lalainya hatimu, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu, maafkan aku..

Dan andai kehadiranku yang menjadi punca mad'umu meninggalkan dakwahmu, maafkan aku.
Maafkan aku kerana pernah hadir dalam hidupmu.
Maafkan aku kerana hadirku menjadi fitnah buatmu.

******

Luka di hati, biar aku yang pendam sendiri.
Pedih yang aku rasa, biar aku yang simpan sendiri.
Sakit yang menimpa, biar aku yang laluinya sendiri.
Perih yang menjelma, biar aku yang tangisi sendiri.
Kerana aku tahu, dirimu takkan pernah memahami apa yang sebenarnya aku tempuhi.

Kerana mungkin mereka tidak tahu, aku juga punya hati dan perasaan.
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti tersinggung dengan setiap patah bicara mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti terluka dengan kata-kata mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.

Mungkin mereka tidak tahu, aku cuma gadis biasa yang tak mampu untuk bertahan dengan perlakuan mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, aku ialah seorang insan yang lemah imannya, lantas kepercayaanku kepada mereka boleh lenyap cuma dalam sekelip mata.
Dan aku yakin, mereka memang tidak tahu kerana mereka bukan aku.


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra