Tuesday, October 4, 2011

Kasihanilah bayi yang tak berdosa


Assalamualaikum.Hari ni aku nak kongsikan sedikit tentang kes pembuangan bayi.
Kasihanilah bayi yang tak berdosa tu...Kejamnya manusia yang tiada sifat keperimanusiaan yang sanggup berbuat demikian. 


Wahai insan yang bernama manusia yang terlibat dengan kes pembuangan bayi ini, bukalah mata. Renung-renungkanlah wajah-wajah comel ini. Mereka berhak untuk bernafas dimuka bumi Allah S.W.T. ini. Berilah mereka peluang untuk hidup.

apa ni? ingat ni binatang ke main nak buang2 je ?

Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

 Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka.

  “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka         jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.


Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu pergaulan bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. 
Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan pada usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?

                           
korang fikir bayi ni boleh berenang ke ?


Subhanallah ! kalau bayi ni hidup, mesti cute kan ?

Sekadar untuk renungan kita bersama.Semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada segala kejahatan , kekejaman dan kecelakaan.

1 comments:

wanie ♥ said...

baby tu tak salah pun . dorg yg pandai buat tp tak nak b'tgungjwb .


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra