Thursday, November 3, 2011

Maafkan Aku

Andai kehadiranku punca goyahnya imanmu, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca hatimu merana, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca lalainya hatimu, maafkan aku..
Andai kehadiranku punca lemah dan berkurangnya semangat mujahadahmu, maafkan aku..

Dan andai kehadiranku yang menjadi punca mad'umu meninggalkan dakwahmu, maafkan aku.
Maafkan aku kerana pernah hadir dalam hidupmu.
Maafkan aku kerana hadirku menjadi fitnah buatmu.

******

Luka di hati, biar aku yang pendam sendiri.
Pedih yang aku rasa, biar aku yang simpan sendiri.
Sakit yang menimpa, biar aku yang laluinya sendiri.
Perih yang menjelma, biar aku yang tangisi sendiri.
Kerana aku tahu, dirimu takkan pernah memahami apa yang sebenarnya aku tempuhi.

Kerana mungkin mereka tidak tahu, aku juga punya hati dan perasaan.
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti tersinggung dengan setiap patah bicara mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, aku juga tahu erti terluka dengan kata-kata mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.

Mungkin mereka tidak tahu, aku cuma gadis biasa yang tak mampu untuk bertahan dengan perlakuan mereka.
Mungkin mereka tidak tahu, aku ialah seorang insan yang lemah imannya, lantas kepercayaanku kepada mereka boleh lenyap cuma dalam sekelip mata.
Dan aku yakin, mereka memang tidak tahu kerana mereka bukan aku.

0 comments:


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra