Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum my dearest blog.Firstly, selamat tahun baru 2012.Alhamdulillah, kita masih lagi dapat menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam.Semoga kita dapat mengubah sikap kita dari yang malas kepada rajin,yang buruk kepada baik,yang kedekut kepada pemurah dan sememangnya nak yang TERBAIK.Seperti biasa setiap menjelang tahun baru semua orang membina azam mereka sendiri.Pilihan ditangan masing-masing. ;) hihi.

Azam?sye juga mmpunyai azam baru.Banyak sangat sebenarnya.InsyaAllah sye berusaha dengan lebih keras untuk mencapai semua azam sye yang menuju ke jalan Allah.
Umur kita semakin meningkat tua bukan semakin muda.Jadi,marilah kita sama2 mendekatkan diri kita kepada Allah.Jangan habiskan masa remaja kita dengan perkara yang tak berfaedah dan tak berguna.Saye ingin menjadi pelajar yang cemerlang,Then yang paling penting sye nak jadi anak yang Solehah.InsyaAllah. ''Berubah itu memang sukar,tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar''.

Semoga kita lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan...supaya lebih ingat akan mati..supaya lebih gigih menambah amal..Jaga diri,jaga iman,jaga hati.
YA ALLAH,jauhkanlah aku daripada kelekaan dan kealpaan sehingga terlupa menyebut namaMu.Ya Allah,berikanlah aku dan semua kawan2ku berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2012 ini.

Monday, December 26, 2011

Andai kau tahu




Andai lelaki tahu..
-apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya-

Andai lelaki tahu..
-apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu-

Andai lelaki tahu...
-apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. Tengok pasangan yang bercinta, semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan jadi tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. -

Andai lelaki tahu...
- apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat-

Andai lelaki tahu...
- seorang perempuan itu berkata "saya mahu awk berubah", itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya tapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan bersama-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat-

Andai lelaki tahu..
- apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari kamu semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan diri kamu-

Andai lelaki tahu...
- perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya-

Andai lelaki tahu...
- hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup kamu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong kamu dan membuatkan hidup kamu lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu-

Andai lelaki tahu...
- perempuan memang dilahirkan sangat complicated untuk difahami tapi kadang-kadang lelaki juga sukar untuk difahami sbb dieorg pon complicated, sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Monday, December 19, 2011

C.I.N.T.A

Cinta. Manusia memang suka bicara soal cinta. Cinta ini amat indah. Rasanya, kalau ditanya apa yang paling manis dalam dunia, pasti ramai yang memilih cinta sebagai jawapan. Cinta itu luas. Amat luas. Namun dikecilkan cinta itu dalam artikel ini mengenai cinta lelaki dan perempuan.

Nak bina rumah pasti ada asasnya. Nak bina masjid juga ada asasnya. Jadi nak bina rasa Cinta. Apa asasnya? Asas cinta ialah sayang. Mustahilkan dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci. “saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.” Amat mustahil kan? Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya.

Bila kita sayang dan cinta seseorang, yang hitam pun jadi putih, yang hodoh jadi cantik, segala-galanya nampak indah di mata kita. namun, Tolong hati – hati jaga hati. Takut kerana rasa sayang dan cinta itu hati kita bertukar dari suci kepada kotor. Jadi, Sayangi hati kita dulu. Jika kita sayang hati kita, InsyaAllah kita pasti tidak mahu menjadikan hati kita kotor.Renungkan untuk diriku sendiri yang lemah ini dan mudah terpengaruh dengan segala dosa.




Tuesday, December 13, 2011

Bagaimana menjadi Muslimah sejati?

Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.



Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Dan muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra