Monday, August 8, 2011

Golongan orang yang berpuasa

Sekarang ni kita dalam bulan puasa..jadi apa kata kita banyak bercerita mengenai bulan puasa ni..orang kata,maka beruntunglah seseorang itu yang memuliakan bulan yang penuh barakah ini..ni orang yang kata atau Allah yang kata ni?saya pun tak pasti..apa yang pasti?kerjasama!ops..apa yang pasti ayat ni memang betul..fakta  atau bahasa orang putihnya fact..dalam bahasa arabnya hakikat..

Jadi,bila bercakap mengenai bulan puasa pastinya kita berpuasa..hari raya kita beraya..hari raya korban lembu yang beraya..erk!ye ke?anggap iye je la ye..so siapa yang berpuasa ni?orang cina ke?atau orang india?ye..siapa-siapa pun yang beragama Islam wajib berpuasa pada bulan ini..tak kira la bangsa apa sekalipun..tak de bangsa pun wajib berpuasa..melainkan mereka-mereka yang tidak boleh berpuasa..siapa yang tak boleh ni?try la tanye kaum hawa..kalau tak dapat jawapan dapat pelempang pun jadi la..hehe

Dalam ramai-ramai yang berpuasa ni..terdapat 3 golongan yang kita dapat kelaskan..


1.Golongan yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga-
golongan ini adalah golongan yang hanya puasa anak tekak je..mata,tangan,kaki,telinga depa-depa ni tak berpuasa..maksudnya depa ni masih melakukan larangan Allah..kesimpulannya...tersangat rugilah golongan ini yang hanya dapat lapar dan dahaga..



2.Golongan yang menahan lapar dan dahaga serta puasa anggota-anggota lain-
Golongan ni baik sikit dari golongan tadi..tapi tetap rugi..sebab depa-depa ni berpuasa kerana orang lain..bukan kerana Allah..jadi apa yang depa dapat?depa hanya dapat penat dan juga senang di mata orang lain..mungkin dapat pujian sikit-sikit la..tapi nak buat apa?ini tak menjamin apa-apa di akhirat..bek tak yah puasa..ops..puasa itu satu kewajipan..


3.Golongan yang berpuasa semua anggota dan inginkan keredhaan Allah-
ini adalah golongan yang terbaik..depa-depa inilah golongan yang beruntung..bukan sekadar pahala,keredhaan Allah juga depa perolehi..tidak sekadar penat berpuasa,nikmat berpuasa juga turut depa rasai..


jadi,ada tiga golongan yang kita boleh pilih..nak yang pertama ka?yang kedua ka?atau yang ketiga?semua keputusan ada di tangan kita..fikir-fikirkan lah..


Marhaban Ya Ramadan. 

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر
Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.





0 comments:


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra