Sunday, August 14, 2011

Pimples going crazy

Assalamualaikum,
hey hari nih update pasal jerawat atau nama aku bagi ''jurujerawat''.
Bila kita remaja macam ni jerawat mula mengaktifkan diri mereka.
muka berminyak la menyebabkan kulit berjerawat.
Haish,aku ada jugak jerawat. Hah! lagi parah kalau jari aku gatal pegi picit picit.
nak nak bila jerawat tu dh kering.Ape lagi? usik usik muka laaa..
Resdung bawak virus jerawat jgk.Mkan seafood , gatal2 lps tu naik lagi jerawat.. :-(
mcam2 jenis jerawat berpasir,jerawat batu.
eeeeeeeeee,bertambah malu geram bila dh ditegur orang pasal jerawat bertambah kat muka.
abang aku kutuk gak aku !! waaaaa,mcam muke dye BEBAS jerawat..wakaka..
banyak cara dah aku try.
buat masker sendiri la..dah bnyak jenis aku dh try.Hehehe..



aku dah try nh haaaaaa! buat sendiri jer..jimat pon jimat..hehe..
*masker tomato
*masker timun
*masker ubi kentang
*aloe vera
*bawang putih ( ish,yg ni pedih sangat! aku dh taubat nk pkai yg ni)
*kayu manis (tapi lebih sesuai untuk parut)
*minyak zaitun + putih telur + tepung jagung. hehehe.
*madu lebah ( madu bagus *_* )
*putih telur ( kalau geli x yah buat hahaha )
*bedak sejuk
*bedak sejuk + pegaga (blend pegaga dahulu)

ada yang berhasil ! tapi kena la RAJIN RAJIN buat.
kalau buat 2 bulan sekali nk HILANG macam mana?
minimum 2 kali seminggu.Hahaha..

 PETUA KURANGKAN JERAWAT

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.
Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.
 
Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.Lebihkan ulam-ulaman dalam makanan sprti ulam pegaga..pegaga juga bagus untuk awet muda.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.
 
Sebelum tidur dan  bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan pencuci muka dan air bersih.
Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)

0 comments:


ShoutMix chat widget

push
Miss Azra