Nak bina rumah pasti ada asasnya. Nak bina masjid juga ada asasnya. Jadi nak bina rasa Cinta. Apa asasnya? Asas cinta ialah sayang. Mustahilkan dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci. “saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.” Amat mustahil kan? Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya.
Bila kita sayang dan cinta seseorang, yang hitam pun jadi putih, yang hodoh jadi cantik, segala-galanya nampak indah di mata kita. namun, Tolong hati – hati jaga hati. Takut kerana rasa sayang dan cinta itu hati kita bertukar dari suci kepada kotor. Jadi, Sayangi hati kita dulu. Jika kita sayang hati kita, InsyaAllah kita pasti tidak mahu menjadikan hati kita kotor.Renungkan untuk diriku sendiri yang lemah ini dan mudah terpengaruh dengan segala dosa.
0 comments:
Post a Comment